Program Wakaf Al Quran Tagging dari Sahabat Enuur

 



Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan Sahabat Enuur memulakan Program Wakaf Al Quran Bertangging buat sahabat yang memerlukan. Alhamdulillah. 


Dilancarkan Program Wakaf Al Quran Tagging SERENDAH 
RM10 1 SLOT sahaja. 





Sahabat boleh niatkan wakaf al quran tagging untuk diri sendiri, keluarga, arwah atau ummah. Mari kita sama-sama dengarkan apakah manfaat dalam program wakaf al quran bertangging berbanding al quran terjemahan biasa. 


Semoga kita semua dapat sama-sama menyumbang supaya lebih ramai insan dapat manfaat dari sebuah al quran terjemahan bertagging. 




Sahabat boleh berwakaf pada bila-bila masa sepanjang tahun kami buka 
PROGRAM WAKAF ini. 


Serendah RM10 sahaja 1 slot.


1 slot RM10
2 slot RM20
3 slot RM30


dan seterusnya insha Allah. Usah bimbang, setiap wakaf sahabat akan kami sampaikan kepada pihak yang berhak. Saya kongsikan bagaimana enuur memproses dan menjalankan aktiviti wakaf ya.





APA ITU AL QURAN TAGGING?



Kita sudah sedia maklum akan al quran terjemahan dan tafsirkan? Apa pula al quran tagging? Apa bezanya dengan al quran terjemahan? 


Kenapa Kita Cadangkan Sahabat Ada Al Quran Bertagging Berbanding Tiada Tagging? Mari kami ceritakan sebabnya


Tahukah sahabat?


Al quran bertagging ialah al quran yang telah kami tampalkan secara manual di setiap helaian berkaitan tagging-tagging ayat untuk kita semua lebih mendekatkan diri dan lebih masa bersama alquran. Bayangkan selama ini kita sekadar membaca terjemahan di helaian yang dibuka ketika mengaji, namun setelah ada tagging-tagging ayat ini kita menjadi leka dan seronok meluangkan masa kita membaca, memahami setiap baris, maksud terjemahan tersebut selain daripada helaian yang kita baca. Kata lainnya, kita sudah punya waktu bersama tadabbur alquran. 


Al Quran Tagging dari Sahabat Enuur mempunyai:-


• 168/353 Tagging Ayat Pilihan
• 30 Tagging Pembahagian Juzuk +
• 120 Tagging Khatam Tracker
• Setiap Warna Tag mempunyai pelbagai 6 Kategori Ayat

o Doa Pilihan
o Kisah Para Rasul Ulul Azmi / Nabi / Sahabat
o Ayat Suruhan/Amalam/Perintah
o Ayat Pengajaran/Petunjuk/Motivasi (Positif)
o Ayat Larangan/Peringatan (Negatif)
o Ayat Kisah dan Cerita





Alhamdulillah. Kami kini sudah memiliki lebih dari 10 jenis al quran terjemahan bertagging, ready stok dan boleh diwakafkan pada bila-bila masa.


Ringkasan Kebaikkan Memiliki Al Quran Terjemahan Bertagging


• Membantu Memahami Kalam Allah Dgn Lebih Mudah
• Kata Kunci Bagi Memudahkan Rujuk Ayat2 Penting Khususnya Doa Yang Ada Di Dalam Al-Quran Secara Pantas
• Lebih Menghayati Maksud Ayat
• Mudah Untuk Mengamalkan Doa-Doa Khusus Dari Al-Quran
• Menaikkan Semangat Dan Minat Untuk Sentiasa Membaca
• Mudah Untuk Taddabur
• Mencari Ayat-Ayat Pilihan Dengan Mudah
• Semarakkan rasa semangat untuk khatam alquran dengan khatam tracker
• Memudahkan pembaca untuk lebih menghayati isi kandungan mukjizat Al-Quran.



SAHABAT APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WAKAF?




Dari segi bahasa :
Al-Waqf (اَلْوَقْفُ) bermaksud harta yang diwakafkan
Al-Habs ( اَلْحَبْس ُ  ) bermakna harta itu ditahan
Al-Mana’( اَلْمَنْعُ  ) bermaksud dihalang


Dari segi syarak :
Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.





APA PULA MAKSUD DAN BEZA WAKAF, SEDEKAH DAN INFAK?






Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah SWT. (Rujuk al-Ta’rifat - 1/132)


Infak pula menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat. (Rujuk al-Ta’rifat - 1/39)


Sedekah dan infak membawa maksud yang hampir sama, namun WAKAF memberi maksud yang lebih istimewa. 

Dari sudut istilah, wakaf membawa maksud menahan harta yang boleh diambil daripadanya manfaat berserta mengekalkan ‘ain harta berkenaan.


Ia menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta itu daripada pewakaf dan harta itu akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun keuntungan daripadanya (harta wakaf itu) digunakan untuk jalan kebaikan. (Lihat Mughni al-Muhtaj - 2/376). Pahala orang yang berwakaf akan berkekalan selagi harta wakaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewakaf. 


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87)

Sumber: 



Berminat Untuk Berwakaf Al Quran Tagging?







Atau





Alhamdulillah. Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas setiap sumbangan sahabat semua. 


Bismillahirrahmanirrahim  

Wahai Tuhan kami. Sempurnakanlah hajat mereka yang telah membantu kami khususnya pada pewakaf dan keluarganya pada hari ini. Tunaikanlah niat mereka yang telah mengasihani kami pada hari ini. Sesungguhnya engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah lagi mengasihani. Berikanlah kepada yang telah membantu kami hidayah dan inayah, afiah dan sihhah, keselamatan dan kesejahteraan, ketabahan dan kesabaran, kebijaksanaan dan hikmah serta kemaafan dan keampunan


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِقَاءَنَا  هَذَا بِالرَّحْمَة وَافْتِراْقِنَا من بعده المَغْفِرَةَ وَاْلعِصْمَةَ وَخَاتِمُنَا بِالسَّعَادَةِ ر ِبنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين والحمد لله رب العالمين


Alhamdulillah, Besar maknanya sumbangan ini pada kami. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi saya ucapkan. 


Jika sahabat ada soalan, boleh whatsapp di link atau komen di bawah ya. 

No comments:

Post a Comment