Wakaf Al-Quran Tagging Enuur Care

eNUUR CARE : WAKAF AL QURAN TAGGING ENUUR


Alhamdulillah  eNUUR CARE berbesar hati untuk melancarkan Program Wakaf al Quran Tagging eNuur bermula 1 MAC 2021




Apa yang bestnyer bila kita berwakaf ni?


Haa wakaf mampu ..

1. Menzahirkan pengabdian kita kepada Allah SWT

2. Langkah mendekatkan diri kepada Allah

3. Mendapat kebajikan yang berpanjangan walaupun telah meninggal dunia

4. Berkongsi manfaat sesama umat islam 

dan banyakkk lagi


APA MAKSUD WAKAF?

.

Dari segi bahasa :

Al-Waqf (اَلْوَقْفُ) bermaksud harta yang diwakafkan

Al-Habs ( اَلْحَبْس ُ  ) bermakna harta itu ditahan

Al-Mana’( اَلْمَنْعُ  ) bermaksud dihalang


Dari segi syarak :


Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.


Alhamdulillah, 


Kami mempunyai beberapa slot untuk sahabat menunaikan wakaf:

💎RM10 untuk 1 slot

💎RM30 untuk 3 slot

💎RM50 untuk 5 slot

💎RM100 untuk 10 slot


Sahabat boleh berwakaf melebihi slot yang admin tuliskan di sini, cuma admin nak maklumkan wakaf alquran tagging enuur care bermula serendah RM10 sahaja. Alhamdulillah! Admin pasti semua orang boleh sertai wakaf ni kan?



Jangan risau❤️Al Quran Tagging yang diwakafkan kami akan berikan kepada insan tang benar-benar memerlukan

.

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

.

Selamat Berwakaf🤲


Apabila sahabat berwakaf nanti, ada akadnya antara admin dan pewakaf ya. Setiap sumbangan wakaf yang sahabat berikan, admin mohon sahabat membaca akad wakaf ini dahulu. Kemudian berwakaflah di link yang telah disediakan.


AKAD WAKAF AL QURAN TAGGING ENUUR MENGIKUT SLOT


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ


"Saya mewakilkan kepada pihak eNUUR CARE bagi mengurus wakaf Al Quran untuk diri saya sebanyak ____ slot, RM____ dan saya bersetuju lebihan wang(jika ada) digunakan untuk kos operasi dan pengurusan, kerana Allah".


Kemudian, sahabat terus klik icon di bawah dan wakafkan sebanyak mana jumlah yang mampu. Insha Allah




Admin share cara enuur care menguruskan wakaf al quran tagging, alhamdulillah sebenarnya enuur telah pun melakukan beberapa wakaf alquran tagging sebelum ini. Cuma kali ini enuur care buka wakaf kepada orang ramai agar lebih ramai dapat menyampaikan kebaikkan alquran tagging ini kepada lebih ramai golongan yang memerlukan


Kenapa Wakaf Alquran Siap Tagging, Apa Kelebihan Alquran Bertagging ini Berbanding Alquran Terjemahan Biasa?


Tagging ayat-ayat alquran. lebih mudah tadabbur, lebih mudah mencari tagging juzuk, insha Allah, makin mengenali isi dalam alquran pada masa sama mendekatkan diri kita lebih dan lebih lagi mencintai bersama alquran dan bukan sekadar ketika waktu mengaji sahaja. Insha Allah




Tagging stiker 30 juzuk alquran



Contoh Alquran siap tagging. Gambar ini ialah gambar Alquran A6 humaira



4 RUKUN WAKAF YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Rukun wakaf Al Quran:


1. Pewakaf (Al-Wakif) – Berakal, merdeka, dewasa, berkelayakan, sukarela.


2. Penerima Wakaf (Al-Mawquf’alaih) – Khusus samada seorang atau lebih, atau tidak dikhususkan tidak ditentukan pewakaf.


3. Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf) – Mempunyai nilai, boleh dipindah milik, manfaat berkekalan, milik sepenuhnya pewakaf.


4. Akad atau surat berkenaan wakaf juga wasiat (Al-Sighah) – kata-kata atau lisan yang difahami untuk tujuan wakaf, wajib untuk mengesahkan wakaf. 


Sumber : https://www.maij.gov.my/wakaf/maksud-wakaf



Antara penerima wakaf al quran tagging enuur








No comments:

Powered by Blogger.