Advertisement

Hukum Jual Beli Produk Al Quran

 Alhamdulillah, di Malaysia kita melihat semakin ramai peniaga menjual alquran khususnya alquran tafsir dan terjemahan. Sebagai negara yang bahasa arab bukan bahasa rasmi, kita sangat memerlukan tafsir dan terjemahan ini bagi membantu kita memahami isi kandungan alquran. Selain mengaji alquran setiap hari, kita harus memahami apa yang disampaikan. 








Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muaz Al-Juhani RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang membaca Al-Qur’an dan ia mengamalkan isi kandungannya, pada hari kiamat kelak Allah akan memakaikan mahkota kepada ibu bapanya. Cahaya mahkota itu lebih baik daripada cahaya matahari yang menerangi rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana pendapat kamu mengenai orang (si anak) yang mengamalkan ini (membaca dan mengamalkan Al-Qur’an),” 
(Abu Daud).





Tahukah anda?


Al-Quran tagging adalah Al-Quran bertanda samada bertulis atau bercetak pada Al-Quran terjemahan untuk dijadikan panduan kepada membaca untuk menambahbaik ilmu berkenaan Al-Quran dan mentadabur ayat-ayat suci.




Untuk memahami, mendalami dan mengamalkan kitab suci Al-Qur’an adalah penting untuk semua umat Islam untuk bukan sahaja membaca kitab tersebut malah mereka juga perlu faham mengenai segala maksud, makna dan tafsiran yang ingin disampaikan melaluinya. Perkara ini adalah penting kerana Al-Qur’an itu sendiri telah diturunkan dalam bahasa Arab manakala umat Islam itu sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai dan mengunakan bahasa mereka sendiri selain daripada bahasa Arab. Adalah mustahil untuk umat Islam yang tidak terdiri daripada bangsa Arab untuk memahami dengan sempurna segala maksud dan makna Al-Qu’ran itu tanpa mempelajari bahasa Arab ataupun mendapatkan bantuan daripada mereka yang betul-betul pakar dalam bidang tafsiran dan ilmu Al-Qur’an.


Walaupun apa-apa kesukaran yang dialami, segala usaha untuk memahami, mendalami dan mengamalkan apa yang telah dinyatakan di dalam Al-Qur’an haruslah dilakukan oleh semua umat Islam. Setiap Muslim harus berusaha untuk memahami, menghayati dan menghargai segala yang disampaikan dalam Al-Qur’an untuk menjadi umat Islam yang sempurna serta berjaya di dunia dan di akhirat.


Rujukan: https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/quran-bukan-sekadar-untuk-dibaca/ 



Abu Said RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi, orang jujur dan orang syahid. (HR Tirmizi).


Ia menunjukkan perniagaan bukan sahaja bidang untuk membuat keuntungan dunia, bahkan menjadi jambatan untuk memperoleh laba berganda di akhirat.


Bagaimanapun, jual beli sesuatu barangan yang mempunyai kedudukan dalam Islam itu, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam kerana seolah-olah wujud hukum berbeza berbanding produk lain di pasaran.


Daripada sudut lain, ia memberi kesan positif demi menjaga kehormatan dan nilai barangan berkenaan tetapi tidak boleh sampai boleh disalahertikan hingga mengundang masalah.


Pensyarah Kanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir, berkata menjalankan urusan berjual beli barangan yang mempunyai kedudukan dalam Islam tidak dihalang atau dilarang dalam agama, sebaliknya dapat memberi manfaat kepada pembeli.


Beliau berkata, sesuatu yang memberi manfaat wajar disebarkan, tetapi memandangkan ia berkaitan dengan agama, ia dilihat sebagai sensitif demi memelihara kesuciannya.


“Contohnya naskhah al-Quran sebagai kitab suci umat Islam, masih boleh dijual beli demi manfaat kepada pembelinya tetapi perlu disertakan adab yang sebaiknya.


“Walaupun tidak mempunyai sebarang halangan diniagakan, bagi memastikan kesuciannya terpelihara, naskhah al-Quran tidak boleh dijual kepada orang kafir kerana dikhuatiri mereka tidak menghormatinya.




Sebagai pembekal dan penjual produk alquran dari Sahabat Enuur, setiap alquran dipacking sebaiknya dengan cermat dan ditampal sticker alquran pada setiap parcel yang kami hantar ke pihak kurier. Malah, kami memilih kurier yang mampu menjaga dan memulihara alquran dengan baik iaitu Pos Malaysia.






Kami doakan agar setiap alquran kami jual ini selamat sampai kepada sahabat semua dengan selamat.

Post a Comment

0 Comments