7 Sebab Al Quran Humaira Patut Anda Miliki Sebagai Al Quran Terjemahan Kegemaran Anda

Kami dari Sahabat Enuur menggunakan al quran terjemahan dan tajwid berwarna sebagai alquran utama kami dalam proses tagging alquran. Apa yang menyebabkan kami suka sangat dengan alquran dari Humaira Publications ini selain terjemahan dan tajwid berwarna ialah, 




Kelebihan Terbaru Al-Quran Humaira Publications Ini :-

.

1) Resam Uthmani beserta Tajwid Kod Warna

Resam rasmi Malaysia. Diwarnakan beberapa huruf dan tanda bacaan bagi mewakili hukum tajwid tertentu bagi memudahkan kita di dalam pembelajaran membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

.

3) Asbabun Nuzul (Sebab turunnya ayat)

Ayat Al-Quran diturunkan secara bertahap tahap dan mengikut peristiwa. Jadi, bagi ayat ayat tertentu, disertakan sebab sebab turunnya ayat tersebut bagi kita memahami dengan lebih dalam makna ayat itu.

.

4) Hadis Sahih

Hadis hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Al-Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut.

.

5) Indeks Tematik

Indeks pencarian tema tema perbahasan tertentu di dalam Al-Quran merangkumi semua perkara. Ia memudahkan kita di dalam mencari ayat ayat tertentu yang membahaskan perkara perkara tertentu seperti hukum fara’id, akidah, muamalah dan sebagainya.

.

6) Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)


Al-Quran ini telah disemak oleh Lembaga Tashih Al-Quran KDN dan telah mendapat kelulusan untuk diterbitkan.

.

7) Menggunakan kertas khas Al-Quran jenis QPP yang berkualiti tinggi, anti-silau (untuk pembacaan yang lama) dan tahan lama.




Ada beberapa jenis Quran yang kami ambil dari Humaira Publications iaitu:-


1. A6 Humaira Magnet

2. A6 Humaira Berzip

3. A5 Humaira

4. A5 Humaira Ekslusif Wanita

5. A5 Special Edition

6. A5 Batik Frontliner


Anda juga sukakan ciri-ciri alquran humaira ini? Alhamdulillah. Kita sama



No comments:

Powered by Blogger.